ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG INI SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARIPADANYA...

Monday, May 10, 2010

Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC)

Definisi Komunikasi Augmentatif:

“Kaedah-kaedah & alatan yang dapat meningkatkan kemahiran komunikasi verbal yang telah sedia wujud”. (Mustonen, Locke, Reiche, Solbrack, & Lindgren, 1991)

Definisi:

Satu sistem multimodal yang mengandungi empat komponen yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai kombinasi untuk meningkatkan komunikasi


Rumusan:

Secara praktiknya tidak ada pemisah yang jelas antara Komunikasi Augmentatif dengan Komunikasi Alternatif. Oleh kerana keduanya mempunyai matlamat yang sama maka pendekatan bersama digunakan iaitu Komunikasi Augmentatif & Alternatif (AAC).


Komponen-Komponen AAC:

1.Teknik komunikasi
2.Sistem simbol
3.Kemahiran komunikasi

(McCormick & Shane, 1990 dlm Kuder, 2003)

1. Teknik Komunikasi

Ada dua jenis:
a.Tanpa Bantuan
b.Dengan Bantuan

(Vanderheiden & Lloyd, 1986 dlm Kuder 2003)

a. Teknik Komunikasi Tanpa Bantuan

- Tidak memerlukan alat sokongan luaran atau prosedur khas.
- Guna kaedah pertuturan, bahasa isyarat, gestur dan mimik muka.
- Kekuatan:
  • Tidak perlukan alat sokongan luaran.

  • Mudah alih

  • Tiada kos

- Kelemahan
  • Rakan komunikasi masa depan terhad

  • Bergantung kepada keupayaan ingatan pengguna

  • Isyarat sukar dipelajari

b. Teknik Komunikasi Dengan Bantuan

- Semudah Papan Komunikasi hingga sekompleks Alat Bantuan Pertuturan Sintetik Berkomputer.
- Sama ada elektronik atau tidak dengan menggunakan prosedur pilihan & sistem simbol.
- Memerlukan objek fizikal, alatan atau sokongan luaran untuk membolehkan seseorang itu berkomunikasi cthnya papan komunikasi, carta dan alatan mekanikal atau elektrika
- Kekuatan:
  • Dapat hasilkan mesej yang lebih kompleks daripada keupayaan bahasa pengguna.

  • Boleh berkomunikasi dari jauh (VOCAS)

- Kelemahan:
  • Alat elektronik boleh rosak atau hilang kuasa.

  • Mudah alih terhad.

  • Mahal


Faktor-Faktor dalam Pemilihan AAC
  • Guessability/ mudah alih - merujuk kepada tahap kesamaan dalam bentuk antara simbol dengan item yang diwakili.

  • Learnability/ mudah guna - merujuk kepada kemudahan/ kesukaran untuk mempelajari sesuatu set simbol.

  • generalization/ kebolehan kanak-kanak

2. Sistem Simbol

Pelbagai sistem simbol telah dibangunkan daripada benda sebenar, gambar hinggalah kepada sistem simbol yang abstrak. Sistem simbol yang abstrak meliputi perwakilan gambar (pictorial representations), ideographs (idea disampaikan melalui simbol grafik), simbol arbitrari (idea dalam bentuk konfigurasi garisan arbitrari) dan lexigrams (simbol visual-grafik secara arbitrari melibatkan bentuk-bentuk geometrik).

3. Kemahiran Komunikasi

Prosedur & Alatan AAC menyediakan peluang terbaik kepada individu yang tidak boleh bertutur untuk berkomunikasi dengan orang lain. Sekiranya tidak dimanfaatkan tidak ada faedahnya.

Pelaksanaan Program Pengajaran AAC

  1. Penilaian Awal – termasuk inventori ekologi & penilaian murid.

  2. Penyediaan matlamat – dapat meningkatkan keupayaan murid untuk melibatkan diri dalam semua persekitaran.

  3. Pemilihan mod komunikasi – sama ada dengan bantuan, tanpa bantuan ataupun gabungan

  4. Pemilihan sistem simbol – gestur ataupun grafik.

  5. Pemilihan kaedah untuk meningkatkan komunikasi.

AMALI

Berikut merupakan aktiviti PnP di bilik kuliah PISMP PK1.

1. Pameran hasil karya berasaskan komunikasi augmentatif dan alternatif.





2. Praktikal - video
  • kucing kejar tikus

  • kucing kejar saya




Sunday, April 4, 2010

PENYELIDIKAN - PECS

PENYELIDIKAN

PELAKSANAAN PICTURE EXCHANGE COMMUNICATION SYSTEM (PECS) KEPADA KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI MASALAH BAHASA DAN BERKOMUNIKASI

Nama Penulis

ZALEHA TAMBI ADAM
JABATAN PENDIDIKAN KHAS
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU





PENGENALAN

Penulisan saya ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca berkaitan dengan pengalaman saya melaksanakan PECS kepada seorang kanak-kanak di sebuah sekolah di Melaka. Berikut adalah sedutan daripada pengalaman yang telah saya lalui bersama kanak-kanak tersebut:

Terdapat sebilangan kanak-kanak di kelas bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah bahasa dan komunikasi, sehingga ada di antara mereka yang suka mendiamkan diri. Malahan ada di antara kanak-kanak yang berkomunikasi dengan menarik tangan rakan-rakan, guru-guru dan ibu bapa sekiranya mereka memerlukan sesuatu, tanpa melihat dan membuat sebarang bunyi.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah dengan penggunaan Picture Exchange Communication System (PECS). Menurut Wallin (2004), PECS ialah sistem komunikasi augmentatif yang dibentuk untuk membantu individu memperolehi salah satu cara untuk berkomunikasi dengan orang lain. Manakala menurut Hallahan dan Kaufman (2006), PECS memungkinkan individu untuk membuat permintaan, memilih item-item, dan menyatakan perasaan dengan menggunakan kad-kad gambar sebagai pertukaran kepada komunikasi dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. PECS pada mulanya dibina untuk murid-murid autisme, namun, program ini telah berjaya dilaksanakan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran yang signifikan. Program PECS menggabungkan kaedah tingkahlaku dan teknik pengajaran incidental untuk memperkembangkan komunikasi sosial kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Justeru itu, saya telah menjalankan satu kajian tindakan (Kajian Awal) untuk melihat sejauh mana pecs dapat meningkatkan keupayaan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Kajian tindakan yang akan dilakukan ini adalah berpusatkan kepada dua variabel iaitu :

i. gambar manakah yang mudah difahami / atau dipilih oleh kanak-kanak untuk menggalakkan mereka bertindak balas
ii. mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi semasa melaksanakan PECS kepada kanak-kanak bermasalah pertuturan



REFLEKSI AWAL

Sebagai pensyarah Jabatan Pendidikan Khas di IPGM Kampus Perguruan Perempuan Melayu Melaka, saya ditugaskan untuk memantau pelajar-pelajar KPLI LPBS SR Bermasalah Pembelajaran di SK Air Molek, Melaka. Semasa sesi pemantauan, Guru Pelatih saya memberitahu bahawa terdapat beberapa orang kanak-kanak bermasalah pembelajaran di kelas mereka menghadapi masalah bahasa dan komunikasi. Kanak-kanak ini hanya mendiamkan diri dan tidak dapat berinteraksi dengan guru-guru dan rakan-rakan mereka yang lain. Mereka bertanyakan kepada saya apakah yang mereka perlu lakukan untuk memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah.

Selain itu, sebagai pensyarah pendidikan khas, pengkaji dipertanggungjawabkan untuk memberi kuliah dalam mata pelajaran Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi kepada Peserta Kursus KSPK Bermasalah Pembelajaran dan pelajar-pelajar PISMP Pendidikan Khas. Selain itu, pengkaji juga dipertanggungjawabkan untuk memberi kuliah kepada Peserta KPLI Pemulihan dalam Mata Pelajaran Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Salah satu topik dalam mata pelajaran tersebut ialah Komunikasi Augmentatif dan Alternatif.

Komunikasi Augmentatif merujuk kepada kaedah atau cara dan alat yang digunakan sebagai penambahan yang diwujudkan dalam kemahiran berkomunikasi secara lisan (verbal). Manakala, Komunikasi Alternatif pula merujuk kepada teknik-teknik penggantian kepada komunikasi pertuturan kepada semua individu, iaiitu kepada sesiapa yang tidak berminat untuk memperkembangkan pertuturan dengan kemahiran berbahasa (McCormick dan Shane, 1990). Salah satu daripada Komunikasi Augmentatif dan Alternatif yang dicadangkan dalam sukatan pelajaran KSPK ialah PECS.

Oleh itu, sebagai seorang pensyarah, pengkaji perlu melakukan satu tindakan yang boleh memperkembangkan kemahiran guru-guru pelatih semasa mereka melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, terutama teknik-teknik untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan komunikasi.

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian Tindakan ini adalah berbentuk diskriptif di mana saya sendiri yang melaksanakan kajian terhadap kanak-kanak tersebut. Selain itu, kajian ini berbentuk kajian di bilik darjah dengan menggunakan model Kemmis dan Taggart (1992)








PELAKSANAAN TINDAKAN

Saya melaksanakan pengajaran dengan menggunakan PECS. Pelaksanaan kajian ini dilakukan dalam satu sesi pengajaran yang mengambil masa kira-kira sepuluh minit


Aktiviti Pengkaji

Pengkaji melaksanakan pengajaran PECS kepada Murid M

Langkah-Langkah untuk melaksanakan PECS

Saya telah menggunakan model pelaksanaan PECS yang dikemukakan oleh Hallahan & Kaufman (2003), yang telah memperincikan enam fasa untuk melaksanakan PECS. Berikut adalah fasa-fasa dalam pelaksanaan PECS tersebut.

Fasa 1:

Ajar murid secara spontan untuk menyatakan bahan atau aktiviti yang mereka perlukan dengan kad gambar. Murid membuat latihan dengan menggunakan satu kad pada satu-satu masa. Peneguhan serta merta apabila murid-murid dapat melaksanakan aktiviti.

Pelaksanaan pengkaji:

· Murid diajar untuk memilih gambar satu kad pada satu-satu masa– minum, dan makan,

· Latihan memilih gambar disertai dengan aktiviti perbuatan melakukan aktiviti tersebut, contoh minum, Murid M akan diberi air minuman dalam cawan . Untuk aktiviti makan, Murid M diberi makan sedikit roti untuk dimakan

Fasa 2:

Guru menambah perbendaharaan kata murid dengan menambah jumlah kad yang digunakan, tetapi masih mengunakan satu kad pada satu-satu masa.

Pelaksanaan Pengkaji:

· Pengkaji menambah dua lagi kad gambar iaitu basuh tangan, dan tandas

· Seperti dalam fasa satu, pengkaji meminta Murid M untuk aktiviti basuh tangan, Murid M diminta untuk membasuh tangan di sinki. Begitu juga untuk gambar tandas, murid diminta untuk ke tandas.

· Pelaksanaan dilakukan dengan menggunakan satu kad pada satu-satu masa

Fasa 3:

Guru mengajar murid untuk mendiskriminasi kad-kad gambar yang banyak untuk mengenal pasti kad yang diperlukan oleh murid dengan meletakkan beberapa kad gambar di papan hitam

Pelaksanaan Pengkaji:

· Setelah melaksanakan Fasa 1 dan 2, pengkaji seterusnya mengajar murid untuk mendiskriminasi empat gambar yang telah diajar.

· Murid M diminta memadan empat kad gambar yang telah diajar di atas meja

· Setelah itu, murid diminta memadan kad gambar dengan meletakkan kad gambar di dinding.

Fasa 4:

Guru mengajar struktur ayat asas kepada murid dengan menggunakan ayat, contoh Saya mahu ……………… (dipasangkan dengan gambar berdasarkan kehendak murid )

Fasa 5 dan 6:

Guru menambah perbendaharaan murid dengan kata sifat dan lain-lain perkataan, untuk menambah komunikasi murid.

Contoh: Saya dengar …………………….

Saya lihat …………………….

Aktiviti Murid:

Pemerhatian terhadap kebolehan dan keupayaan kanak-kanak bermasalah pembelajaran mengikuti pengajaran juga akan dilaksanakan. Tingkah laku kanak-kanak bermasalah pembelajaran tersebut telah dicatat.


Semoga kita dapat bertemu lagi dalam sesi lain, untuk membincangkan dapatan kajian saya ini.


Terima kasih.



Disediakan oleh,
ZALEHA TAMBI ADAM
JABATAN PENDIDIKAN KHAS
IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Tuesday, March 30, 2010

NOTA KUDER

MENINGKATKAN KEMAHIRAN BAHASA DI BILIK DARJAH
MUKA SURAT 242 (RUJUKAN BUKU KUDER)
 
1. Susun atur fizikal di dalam kelas seharusnya menggalakkan perbincangan


Contoh:

i. penggunaan meja trapezium (murid lebih selesa berbincang)
ii. mewujudkan stesen di dalam kelas

2. Guru seharusnya menyediakan peluang untuk murid berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang dipelajari
  • Perbualan di dalam kelas lebih berfokus kepada isi pelajaran
  • Contoh :

               Aktiviti semasa cuti sekolah 
  1. memancing, berkelah, baca buku dll (murid bercerita)
  2. Komunikasi yang berlaku memenuhi objektif atau matlamat pembelajaran
  3. murid menulis cerita dan membacakannya di dalam kelas 

3. Guru perlu memberi peluang kepada murid untuk menggunakan bahasa bagi pelbagai tujuan dan kelompok sasaran (variasi bahasa)

Contoh:
Proses membuat keputusan penyelesaian masalah, perkongsian pengalaman dll.

4. Guru perlu memberikan tindakbalas atau perhatian semasa murid sedang berbincang atau memberikan pendapat
  • Guru selalu bertanya untuk mendapat respon daripada murid
  • Beri galakan untuk mendorong murid-murid bercakap

McComick (Kuder S.Jay) memberikan 5 cadangan
  1. Libatkan semua pihak sama ada ibu bapa, sukarelawan, rakan sebaya dll untuk latihan bahasa
  2. Rancang aktiviti latihan bahasa yang meliputi pelbagai konteks
  3. Pastikan aktiviti latihan bahasa dipraktikkan di sekolah
  4. Kumpulan bahan-bahan yang berkaitan(ABM)
  5. Beri penghargaan atau respon yang khusus

Meningkatkan Komunikasi Dalam Persekitaran Kelas Yang Khusus Prasekolah
  1. Bahasa dan komunikasi kanak-kanak berkembang ketika awal persekolahan atau prasekolah.
  2. Guru selalunya mengadakan banyak aktiviti yang melibatkan murid untuk berinteraksi

Contoh Aktiviti

i. Circle Time
  • kerusi muzik
  • kotak beracun

ii. Story time
  • pengajaran bertema
  • bilik darjah bertema

iii. Aktiviti Kumpulan
  • berkaitan dengan cerita. Contohnya : Main Peranan ( murid sendiri yang memainkan/melakonkan peranan sebagai watak-watak tertentu.

iv. Kaedah Stesen
  • murid bergerak mengikut stesen
  • stesen BM, BI, Manipulatif dll
  • ABM semua diletakkan dalam stesen

v. Makanan Bertema Mengikut Minggu
  • Contoh: Makanan barat, timur dll
  • bungkusan makanan tidak dibuang sebaliknya digunakan untuk bahan P&P

vi. Aktiviti Luar Bilik Darjah

vii. Closing circle/penutup
  • guru dan murid merumuskan isi pelajaran pada hari tersebut
  • Contoh: murid menceritakan semula pengalaman mereka pada hari itu.
  •  

PENDEKATAN INTERVENSI BERSTRUKTUR
(MUKA SURAT 111 & 235-237)

  1. Untuk mengajar bahasa dan komunikasi kepada pelajar yang mengalami kecacatan mental, pengajaran haruslah berkembang terutama untuk kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk
  2. Mendekati kelakuan kanak-kanak merupakan satu langkah yang agak baik untuk meningkatkan bahasa dan komunikasi. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan termasuk kecacatan mental dan autisme, kita boleh mendekati kenak-kanak ini dengan memberi tindakbalas segera terhadap rangsangan yang ditunjukkan.
  3. Intervensi yang berkesan boleh wujud jika:
  • memfokuskan kepada kemahiran yang diperlukan oleh persekitaran kanak-kanak
  • menggunakan sesuatu dengan sebaik-baiknya dan memperkukuhkan keinginan tersebut
  • memilih tempat yang lebih kepada alam sekitar
  • bertolak ansur dengan kemahuan yang dipelajari dalam keadaan yang baru
  1. Terdapat kelemahan terutama bila sesuatu yang diajar tidak dapat dilakukan secara natural dan situasi sosial yang sebenar
  2. Pendekatan tingkah laku sangat berguna untuk melatih kemahiran asas yang spesifik . Contohnya, untuk membuat permintaan
  3. Oleh itu, guru harus memberi perhatian untuk melatih pelajar untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka

Arahan Berstruktur :

i. menggunakan keadaan terkawal
ii. menggunakan percubaan yang berperingkat-peringkat
iii. mengikutn hierarki matlamat yang rigid
iv. menggunakan pengukuhan yang ditetapkan
v. menggalakkan respond yang betul

PENDEKATAN INTERVENSI NATURALISTIK


Pendekatan Naturalistik


pendekatan yang menekankan arahan bahasa dalam situasi natural atau semulajadi dengan menggunakan percubaan yang tidak tersusun berdasarkan kehendak kanak-kanak


Ciri-ciri Pendekatan Naturalistik

1. Penggunaan persekitaran semulajadi
2. Penggunaan aktiviti perbincangan
3. Penggunaan yang tidak tersusun(rawak)
4. Mengikut kehendak pelajar
5. Pengukuhan diberikan terhadap minat pelajar
6. Pengukuhan atau galakan diberikan semasa para pelajar berkomunikasi

 
Model Bahasa (Modeling)

  • Proses pembelajaran bahasa secara peniruan
  • Sela masa (time delay) -diberikan masa yang sesuai kepada kanak-kanak untuk mengekalkan interaksi

 
Pengajaran Tidak Langsung (Incidental Teaching)

1. Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif
2. Memilih sasaran bahasa yang selaras dengan tahap kemahiran, minat dan persekitaran
3. Menggalakkan usaha pelajar untuk mempelajari bahasa secara meluas
4. Menggalakkan pelajar berkomunikasi mengikut minat dalam sesuatu aktiviti 
 
MENINGKATKAN INTERVENSI BILIK DARJAH

1. Susunan fizikal kelas menggalakkan pelajar bercakap. Contohnya meja yang besar, pusat pembelajaran   Contoh:   a. susunan meja dalam bentuk kumpulan (4 orang)   b. wujudkan stesen-stesen mata pelajaran   c. Perbanyak sudut informasi mata pelajaran   2.Guru menyediakan peluang untuk pelajar-pelajar berinteraksi dan menggunakan bahasa sebagaimana yang mereka telah pelajari   Contohnya, pelajar membaca buku cerita tentang memancing   a.Dalam bentuk kumpulan setiap pelajar diberi peluang untuk menceritakan pengalaman yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan.   b.Setiap pelajar diberi peluang menceritakan aktivit-aktiviti mereka semasa bercuti di hadapan rakan-rakan dalam kelas.    3. Guru menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menggunakan bahasa bagi pelbagai tujuan dna pelbagai audien Contohnya, 
  • Guru menyediakan peluang untuk pelajar-pelajar bercakap dalam kalangan mereka, kepada kanak-kanak yang lebih kecl dan kepada orang dewasa.
  • Guru membawa pelajar melawat Tadika dan pelajar-pelajar ini dikehendaki mengadakan aktiviti bercerita kepada pelajar-pelajar tadika
  • Guru mengadakan pertandingan bercerita di mana ibu bapa dikehendaki hadir sebagai audien dan juri hakim
4. Guru memberi maklum balas kepada percakapan pelajar supaya percakapan itu mempunyai kesinambungan Contohnya, guru tidak mendominasi perbualan dengan pelajar, tetapi mengikut arah topik perbualan pelajar itu. Guru memberi masa beberapa saat untuk pelaajr memberi maklum balas terhadap soalan yang diajukan.   Contoh,   a. Guru menyediakan ’soalan terbuka’ kepada pelajar supaya jawapan yang diberikan pelajar lebih panjang   Contoh, Soalan : Ceritakan aktiviti yang anda lakukan semasa cuti sekolah?   Setelah pelajar memberikan jawapan, guru akan berterusan menyoal pelajar berkaitan dengan topik tersebut.